Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Manjung dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecemasan trauma, perubatan, pembedahan, pediatrik atau obstetrik. Pasukan doktor dan jururawat di A&E telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Setiap pesakit akan dinilaikan secara klasifikasi. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan, sementara kes-kes lain mungkin perlu menunggu selama 30 minit — bergantung pada bilangan pesakit yang ada sewaktu tiba.
Selain pegawai perubatan kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.
Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori bagi memastikan mereka yang perlukan perubatan segera dapat dibantu lebih awal. Penilaian akan dibuat menurut tahap kesakitan pesakit setibanya mereka di unit kecemasan.
Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi:
Pesakit dalam kategori ini akan diperiksa serta-merta semasa mereka sedang mengalami keadaan yang mengancam nyawa, seperti infark miokardium, ketoasidosis diabetes dalam kejut septik, penyakit pernafasan akut teruk dengan kegagalan pernafasan, trauma dengan pendarahan dalam kranium atau kecederaan dalam abdomen, dll.
Pesakit dalam kategori ini akan diperiksa dalam 30 minit (bergantung pada bilangan pesakit yang ada di A&E). Contoh pesakit Zon Kuning adalah pesakit demam denggi dengan tanda amaran, jangkitan paru-paru dengan gangguan pernafasan, gastroenteritis akut dengan dehidrasi, dll.
Pesakit dalam kategori ini akan diperiksa dalam 90 minit (bergantung pada bilangan pesakit yang ada di A&E). Contoh pesakit zon hijau adalah pesakit gastroenteritis tanpa dehidrasi, pesakit trauma dengan kecederaan tisu lembut, pesakit dengan ruam, jangkitan pernafasan atas tanpa gangguan pernafasan, dll.
Hospital dan jabatan kecemasan kami berkemampuan untuk menyediakan anda dengan penjagaan kecemasan yang diperlukan. Untuk memastikan keselamatan anda, kami akan melaksanakan garis panduan berikut di hospital-hospital kami.
✔ | Kami telah menyediakan kaunter saringan di pintu masuk Lobi dan pintu masuk Jabatan Kecemasan, di mana semua pesakit/pelawat perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan suhu mereka akan diperiksa oleh jururawat kami. |
✔ | Kami berurusan rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan Hospital Seri Manjung untuk mengambil alih pengendalian dan penjagaan semua pesakit yang telah disaring di pintu masuk kami, dan mempunyai risiko klinikal serta risiko epidemiologi berkaitan dengan Covid-19 (“KKM PUI”). |
✔ | Semua pesakit/pelawat perlu memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan ketika masuk. |
✔ | Kami mengamalkan penjarakan sosial dan semua ruang menunggu ada dilengkapkan dengan penjarakan ruang (jarak 1-2 meter). |
✔ | Kami fokus dalam menjaga kebersihan kemudahan kami. Semua kawasan yang sering disentuh akan dinyahjangkitkan sekurang-kurangnya setiap 2 jam, dan rutin membersih akan kerap dijalankan di seluruh hospital. |
✔ | Semua kakitangan dan pengamal perubatan barisan hadapan perlu mematuhi standard berjaga-jaga daripada jangkitan contohnya PPE dan kebersihan tangan. |
✔ | Pesakit yang menunjukkan ciri-ciri simptom yang meragukan contohnya, penyakit seperti influenza (ILI) atau jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) akan disediakan dengan pasukan pengamal perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan khas yang berasingan, untuk menjaga dan merawat pesakit ini melalui laluan dan kemudahan khusus di hospital kami, sehingga keputusan etiologi mereka telah disahkan oleh ujian makmal dan penyiasatan radiologi. |