Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.
Kemasukan
Kaunter kemasukan terletak di lobi hospital di tingkat bawah
Waktu operasi kaunter pejabat hadapan:
Isnin ke Jumaat: 7 pagi – 6 petang
Hujung minggu: 7 pagi – 1:30 tengah hari
Waktu operasi Jabatan Kemalangan & Kecemasan:
24 jam
Kemasukan
Jika doktor memaklumkan anda yang anda perlu darah disediakan sebelum pembedahan anda, anda mesti mendaftar masuk hospital sehari sebelum pembedahan dijadualkan
Bagi pembedahan harian, sila tiba sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu prosedur yang dijadualkan
Pusat pembedahan harian dibuka:
Isnin ke Jumaat: 8:30 pagi – 5 petang
Sabtu: 8:30 pagi – 1:30 tengah hari
Ahad dan cuti awam: Atas Dasar Tunggu Sedia
Jika ujian makmal atau prosedur siasatan diperlukan, ia biasanya dijalankan selepas anda mendaftar kemasukan anda
Sila Bawa
Kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran/kad FIN
Sila ambil maklum kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/waris terdekat mungkin diperlukan
Borang penilaian kemasukan hospital
Borang kebenaran (untuk pembedahan atau prosedur)
Borang khidmat nasihat kewangan bagi pengenaan bayaran oleh doktor
Surat rujukan doktor
Kad faedah perubatan atau surat jaminan daripada penyedia insuran anda/majikan (hanya tertakluk kepada syarikat dengan persetujuan kredit bersama pihak hospital)
Senarai ubat-ubatan yang sedang diambil pesakit berserta dosnya (untuk kes pembedahan harian)Z
Barangan penjagaan diri peribadi
Pendaftaran Kelahiran
Semua kelahiran mesti didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara
Selepas pendaftaran dibuat, bayi baru lahir itu akan diberikan sijil kelahiran. Pendaftaran kelahiran biasa merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran bayi dalam Malaysia
Sila bawa:
Pemberitahuan kelahiran hidup
Kad pengenalan ibu bapa
Sijil perkahwinan ibu dan bapa
Borang JPN.LM01 yang siap diisi
Dokumen tambahan yang diperlukan untuk warga asing
Pasport ibu dan bapa
Kad pengenalan Malaysia ibu dan bapa (jika berkenaan)
Dokumen tambahan diperlukan bagi pendaftaran oleh wakil:
Surat memberi kebenaran daripada ibu bapa kepada bayi baru lahir itu yang ditandatangani kedua-dua ibu dan bapa
Thank you for the enquiry. Your enquiry has been submitted.
Your submission fail. Please contact web administrator.
* Dengan menyerahkan borang di atas, anda bersetuju menerima terma penggunaan, dan dasar privasi Pantai Hospital dan berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda yang diberikan di atas untuk memproses tindakan susulan untuk menyediakan pengalaman pesakit yang lancar.
Why not book your appointment through the MyHealth360 app?
Download the app now for easy access to quality care anytime, anywhere.