Apnea Tidur Obstruktif (OSA) meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung awal, angin ahmar awal, kegagalan jantung, mati pucuk bagi lelaki, daya tumpuan siang yang kurang serta produktiviti rendah. Ia juga boleh meningkatkan risiko kematian tiba-tiba semasa tidur kerana ritma jantung yang tidak normal, serta kecacatan kognitif jangka masa panjang seperti daya tumpuan dan daya ingatan yang rendah.
Hospital kami menyedari sepenuhnya risiko OSA dan telah menyediakan Makmal Tidur yang lengkap dan maju dengan ujian polisomnogram penuh serta kajian mudah alih. Kajian yang bersesuaian akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Tidur/Pakar Perubatan Respiratori tetap kami bagi memastikan pemulihan pesakit kami.
Klinik Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (OSHC) di Hospital Pantai Ayer Keroh menawarkan perkhidmatan Perubatan dan Pemulihan Pekerjaan yang menyeluruh dan tersuai khusus dengan matlamat untuk memastikan tenaga kerja klien sentiasa sihat dan produktif. Kami menyediakan pelbagai Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan daripada perkhidmatan penilaian perubatan menyeluruh, ujian makmal dan radiologi, perkhidmatan ujian penyalahgunaan bahan, pengurusan kecederaan di tempat kerja, perkhidmatan terapi dengan kerjasama bersama Pusat Pemulihan Bersepadu Pantai, perubatan perjalanan antarabangsa, serta program pendidikan dan kesejahteraan. Klinik Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan membantu mengatasi tugas klien yang sentiasa mencabar bagi menggajikan dan mengekalkan tenaga kerja yang sihat.
Melalui program dan perkhidmatan khusus yang disediakan pasukan perubatan dan terapi kami, kecederaan di tempat kerja boleh dikurangkan serta impak kewangannya juga boleh direndahkan. Kami menyuai khusus perkhidmatan kesihatan pekerjaan mengikut keperluan dan syarat kawal selia yang spesifik mengikut perniagaan klien kami, daripada pemvaksinan untuk eksekutif dan keluarga yang ke luar negara untuk urusan perniagaan, pemeriksaan fizikal pekerja baru, sehinggalah ujian alkohol dan dadah. Kakitangan yang sihat adalah keutamaan setiap pihak pengurusan.
Terletak kurang 15 minit jauhnya perjalanan dari tol Ayer Keroh dan kira-kira 20 minit perjalanan ke Bandar Melaka, kami menyediakan perkhidmatan klinikal dan diagnostik yang menyeluruh di bawah satu bumbung, dengan peralatan canggih untuk rawatan kecederaan akut atau kronik, penyesuaian tempat kerja, dan ujian berfungsi. Pasukan OHS kami terlatih dalam perubatan pekerjaan dan perlindungan luar masa bekerja tambahan disediakan Jabatan Kecemasan kami. Pakar terapi (fizikal dan pekerjaan) kami yang berpengalaman dengan pensijilan dalam ujian kapasiti berfungsi serta ergonomik memberikan rawatan dan bantuan pencegahan bagi mempertingkatkan proses pemulihan untuk kembali bekerja.
Pusat Diabetes kami menyediakan perkhidmatan penjagaan kencing manis yang menyeluruh oleh kumpulan perunding kami yang berpengalaman.
Perkhidmatan yang disediakan:
Isnin - Jumaat (9 pagi - 5 petang), Sabtu (9 pagi - 1 tengah hari). Ditutup setiap hari Ahad & cuti umum.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: Wong Soh San (Jururawat Pakar Diabetes) di talian: +606 231 9999 samb. 3841, atau di Bilik Kaunseling Diabetes, Tingkat 3, Blok A.
Kami menawarkan perkhidmatan Fibroscan® bagi mengukur kekerasan hati pesakit menggunakan teknik yang mirip ultrabunyi. Ia alternatif yang tidak invasif dan tidak menyakitkan bagi biopsi hati, dan ia membenarkan kumpulan pakar gastroenterologi kami yang berpengalaman untuk mengesan kerosakan hati akibat penyakit seperti hepatitis C.
Kami menyediakan perkhidmatan DEXA Tulang, ujian ketumpatan mineral tulang bagi mengukur paras kalsium serta mineral lain dalam tulang. Ujian ini penting untuk membantu pesakit kami mengesan permulaan osteoporosis dan meramal risiko retak tulang。
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Pengimejan: +606-2319999 samb. 2004/2020/2044