Hospital Pantai Ayer Keroh terletak hanya 5 km jauhnya dari plaza tol Ayer Keroh di bandar bersejarah Melaka. Hospital dengan 250 katil ini menempatkan lebih 80 pakar perubatan dan senarai perkhidmatan dan kepakaran perubatan yang menyeluruh termasuklah perkhidmatan pergigian, pusat barah, makmal pengkateteran kardiak, pembedahan jantung, hemodialisis, dan jabatan kecemasan.
Komitmen Hospital Pantai Ayer Keroh yang utuh terhadap keselamatan pesakit dan penyembuhan holistik telah membuatkannya menjadi pilihan pesakit di rantau selatan Malaysia, serta bagi pelancong perubatan.
Pantai Hospital Ayer Keroh merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).
Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.
IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.
Ketua Pegawai Eksekutif,
Pantai Hospital Ayer Keroh
Tan Yew Aik ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh. Di bawah kepimpinannya, hospital itu telah maju dengan pengembangan blok perubatan baharu, tempat letak kereta bertingkat dan kedai runcit untuk memenuhi keperluan pesakit dan pihak berkepentingan.
Tan mempunyai pengalaman selama 31 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Beliau bermula sebagai Ahli Farmasi Berdaftar Penuh pada tahun 1993 serta pernah bekerja di hospital kerajaan dan swasta.
Baki perjalanan kerjayanya kebanyakannya adalah dengan Hospital Pantai Ayer Keroh dengan kenaikan daripada Pengurus Farmasi kepada Pengurus Operasi Kanan. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi IHH Healthcare Malaysia pada 2016 sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh pada 2017.
Tan juga memegang jawatan sebagai Ketua Perkhidmatan Farmasi di IHH Healthcare Malaysia sejak 2018. Beliau menyelia keseluruhan strategi perniagaan, operasi, penjajaran keputusan komersil dan klinikal Jabatan Farmasi di 17 hospital di Malaysia.
Tan telah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) sejak 2020, jawatan yang dipegangnya selama dua penggal setakat ini. Selain itu, beliau telah dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan ke Lembaga Farmasi Malaysia pada tahun 2022 dan terus berkhidmat sehingga kini.