Kami memastikan penjagaan khusus bagi ibu yang mengandung dari awal proses kehamilan. Perkhidmatan bersalin di Hospital Pantai Kuala Lumpur diketuai oleh kumpulan perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berkemahiran tinggi, berpengalaman, serta komited untuk menyediakan penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti.
Jururawat kami yang mesra, berpengalaman dan terlatih dalam penjagaan neonatal, perbidanan serta penyusuan, mampu menyediakan rawatan yang optimum bagi bayi baru lahir.
Dengan pakej bersalin Hospital Pantai Kuala Lumpur, anda dipastikan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan penjagaan yang berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berikut:
Bilik bersalin |
Perkhidmatan Pranatal & Bersalin Am |
Program Semasa Mengandung |
Kaunseling dan Rawatan Ketidaksuburan |
Onkologi Ginekologi |
Ultrabunyi O&G |
Ultrabunyi pranatal dan diagnosis untuk keabnormalan janin |
Menguruskan hipertensi, diabetes dll. semasa hamil |
Kehamilan berbilang atau kehamilan songsang |
Menguruskan kehamilan yang berisiko tinggi dan berisiko rendah |
Kelahiran bantuan peralatan |
Pembedahan caesarean |
Penjagaan Selepas Bersalin |
Ginekologi benigna invasif minimum |
Ginekologi Umum |