Pantai Hospital Ayer Keroh mengambil pendekatan yang holistik untuk mendiagnosis dan merawat penyakit ginjal. Pakar perubatan ginjal kami bekerjasama dengan pasukan jururawat terlatih, ahli dietetik dan ahli farmasi untuk merangka pelan untuk menjaga pesakit yang menghidap penyakit ginjal.
Pakar perubatan ginjal kami mengubati pelbagai jenis penyakit ginjal yang meliputi penyakit ginjal peringkat awal sehingga pengurusan penyakit ginjal peringkat akhir (ERSD). Pakar kami juga bekerjasama dengan pakar bedah vaskular dan transplantasi untuk mendapatkan hasil yang optimum untuk terapi penggantian buah pinggang seperti pemindahan ginjal dan dialisis.
Selain itu, pakar perubatan ginjal kami turut merawat pesakit yang menghidap penyakit sistemik yang mempengaruhi organ lain seperti lupus nefritis, Sindrom Sjoger dan penyakit Wegener.