Otorinolaringologi atau dikenali sebagai Telinga, Hidung & Tekak (ENT) adalah cabang kepakaran perubatan yang menangani keadaan yang berkaitan dengan telinga, hidung, tekak dan struktur kepala dan leher yang berkaitan.
Pakar kami yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini telah mengikuti kursus latihan lanjutan untuk pelbagai subkepakaran yang merangkumi gangguan suara, alergi, barah kepala dan leher, apnea tidur obstruktif dan ENT pediatrik.
Di Hospital Pantai Ayer Keroh, anda akan dlayan oleh barisan doktor pakar yang terlatih dan berdedikasi dalam negara dengan penjagaan tahap tertinggi.
Hospital kami telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) untuk kecemerlangan kualiti perkhidmatan. Tanda aras ini meletakkan kemudahan kami sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rawatan ENT di negara ini.
Oleh kerana setiap keadaan yang berkaitan dengan ENT berpotensi mempengaruhi kualiti hidup, kami komited untuk menyediakan rawatan komprehensif dan holistik bagi memberikan hasil yang terbaik.
Barisan doktor pakar kami yang terlatih mempunyai kemahiran tinggi dalam pengurusan masalah ENT. Kebolehan mereka bermula dari melakukan penyingkiran tonsil asas hingga melakukan pembedahan sinus endoskopi yang kompleks.
Pakar penjagaan kesihatan dalaman kami juga sangat terlatih dalam pelbagai subkepakaran ENT yang merangkumi otologi (telinga dan pendengaran), rinologi (hidung dan sinus), laringologi (gangguan suara), otolaringologi pediatrik, onkologi kepala dan leher (barah bahagian kepala dan leher), alahan dan gangguan tidur.
Di fasiliti kami, kami menyediakan pelbagai pilihan perubatan yang direka khas untuk mereka yang menghadapi masalah ENT. Doktor pakar kami sangat inovatif dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hasil klinikal yang terbaik dapat dicapai dengan kos yang berpatutan.
Perkhidmatan berikut dijalankan oleh barisan panel doktor pakar yang cekap:
Hubungi kami untuk membuat temujanji hari ini.