Kaunseling Dietetik

Gabungan keseimbangan pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan kanser serta menggalakkan hidup yang sejahtera. Dalam masalah kesihatan atau penyakit tertentu, pesakit mungkin memerlukan amalan pemakanan yang khusus untuk membantu dalam pengawalan dan/atau penyembuhan penyakit. Pakar pemakanan yang berkelayakan boleh membantu anda merancang dan membuat pilihan pemakanan yang sihat untuk menjamin gaya hidup lebih sihat atau mengawal penyakit dengan lebih baik.

Kami menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling pemakanan tentang:

  • Pengurusan berat badan (kurang berat badan, berat badan berlebihan atau obes)
  • Hiperlipidemia (Paras kolesterol tinggi dalam darah)
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kencing manis (Jenis 1, Jenis 2, kencing manis sewaktu kehamilan)
  • Toleransi glukosa terganggu
  • Kanser dan rawatan yang berkaitan
  • Anemia
  • Gout
  • Penyakit buah pinggang kronik
  • Dialisis
  • Pemakanan berasaskan sayur-sayuran
  • Sokongan pemakanan: Pemakanan melalui tiub, nutrisi tambahan
  • Pemakanan kanank-kanak (Tumbesaran terbantut dan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak)
  • Selepas pembedahan pintasan jantung
  • Hati berlemak
  • Penyakit hati (Sirosis hati, kegagalan hati)

Dan penyakit atau masalah kesihatan lain yang memerlukan khidmat nasihat pemakanan

Perkhidmatan kami merangkumi penilaian status pemakanan termasuk analisis dan tafsiran Index Jisim Badan (IJT) dan komposisi badan, analisis pengambilan makanan, khidmat nasihat mengenai diet terapeutik kepada pesakit, ceramah, bengkel, forum awam tentang pemakanan dan kesihatan, kaunseling pemakanan secara berkumpulan, demonstrasi memasak serta analisis nutrient makanan.


Waktu Operasi

  •  Isnin hingga Jumaat: 9 pagi – 5 petang
  •  Sabtu: 9 pagi – 1 tengah hari
  •  Ditutup pada hari Ahad & Cuti Umum

*Janji temu diperlukan (Membuat temujanji di sini)


Hubungi

Untuk membuat janji temu dan pertanyaan, sila hubungi Kaunseling Pemakanan kami di Tingkat Satu, Blok A, +606 231 9999 samb. 3125 / 3129

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!