Pembedahan am merujuk kepada cabang perubatan yang menggabungkan prosedur manual seperti memotong, melelas, dan menjahit untuk mengubah tisu badan atau organ secara fizikal, bagi merawat penyakit atau kecederaan.
Untuk merawat pesakit melalui pembedahan, pakar yang merawat mesti bertindak sebagai ketua. Pakar tersebut bertanggungjawab untuk mendiagnosis pesakit, menjalankan pembedahan, dan menyediakan penjagaan dan rawatan selepas pembedahan bagi pesakit.
Mendiagnosis dan merawat pesakit menggunakan kaedah rawatan yang salah boleh menyebabkan masalah serius, terutamanya bagi pesakit yang mengalami simptom-simptom seperti ketulan atau pendarahan yang tidak diketahui puncanya.
Di Hospital Pantai Ampang, kami menyediakan penjagaan holistik bagi pesakit, untuk meningkatkan keyakinan semua pesakit kami terhadap kualiti rawatan yang diterima. Kecemerlangan kualiti perkhidmatan kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang menggambarkan komitmen hospital dalam menyediakan penjagaan tersuai bagi setiap pesakit. Ini meletakkan kami sebagai pusat penjagaan pembedahan dan selepas pembedahan yang terkemuka di negara.
Antara masalah perubatan atau penyakit yang dirawat melalui pembedahan adalah:
Kemudahan pembedahan kami di Hospital Pantai Ampang turut dilengkapkan untuk mengendalikan semua jenis pembedahan laparoskopik, yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada:
Pasukan pakar bedah kami yang berdedikasi dan berpengalaman tinggi, turut berkemampuan untuk menjalankan pembedahan laser bagi merawat hemoroid, selain beberapa prosedur pembedahan berlainan seperti:
Jika anda atau keluarga anda mengalami sakit pada bahagian badan spesifik, atau simptom-simptom yang tidak diketahui puncanya seperti pendarahan atau ketulan pada badan anda, sila hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini.