Panduan Kemasukan di Pantai Hospital Ampang

Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.

Kemasukan

  • Kaunter pendaftaran terletak di tingkat bawah
  • Jika ada kes kecemasan, sila ke Jabatan Kemasukan Kecemasan
  •  Semua pendaftaran kemasukan memerlukan bayaran deposit dan/atau surat jaminan
  •  Pesakit perlu mengisi borang kebenaran selepas doktor telah menjelaskan tentang prosedur yang akan dijalankan

Sila Bawa:

  • Kad pengenalan/pasport asal
  •  Bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun: sijil kelahiran/kad pengenalan ibu
  •  Kad insuran (jika ada)

Kebenaran Keluar

  • Pesakit hanya boleh dibenarkan keluar mengikut saranan doktor
  •  Bila bil sudah sedia, jururawat wad/kerani akan membawa pesakit/orang yang membayar ke kaunter kebenaran keluar yang terletak di tingkat bawah
  •  Masa dibenarkan keluar adalah 12 tengah hari
  •  Kadar bilik separuh hari dikenakan untuk kebenaran keluar antara pukul 1 tengah hari – 6 petang
  •  Kadar bilik satu hari dikenakan untuk kebenaran keluar selepas 6 petang

Pendaftaran Kelahiran

Sila bawa:

  • Kad pengenalan/pasport
  •  Untuk kanak-kanak bawah usia 12 tahun: sijil kelahiran/kad pengenalan ibu
  •  Kad insuran (jika ada)
  •  Borang JPN.LM01
  •  Kad pranatal (jika ada)
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!