Pakar pemakanan klinikal kami bekerjasama rapat dalam satu pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada doktor dan kakitangan sokongan seperti jururawat, ahli farmasi dan ahli fisioterapi bagi menyediakan jagaan menyeluruh bagi pesakit.
Makanan yang kami hidangkan telah melalui proses yang ketat untuk memastikan kandungan lemak, garam dan gulanya rendah supaya ia dapat memenuhi keperluan zat bagi keadaan perubatan setiap pesakit serta menepati saranan doktor. Pakar pemakanan kami boleh menyediakan atur cara pemakanan yang disuai khusus dan memberi kaunseling kepada pesakit untuk membantu mereka dalam pemulihan.
Pakar pemakanan klinikal kami boleh membuat penilaian zat, dan menyarankan cara pemakanan khas berdasarkan ukuran dan diagnosis. Pesakit diberi pemakanan biasa atau terapeutik (bertujuan merawat) sebagaimana yang perlu, dan suapan dengan tiub dan pemakanan parenteral (dihantar terus menerusi vena) boleh dilakukan.