Pada 1948, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mentakrifkan kesihatan sebagai “kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang lengkap, dan bukan sekadar ketiadaan penyakit atau keuzuran”. Meskipun kesejahteraan mental adalah sama pentingnya untuk kesihatan anda, cabang psikiatri sering diabaikan dalam bidang perubatan. Psikiatri tertumpu pada usaha mendiagnosis, merawat dan mencegah gangguan mental, emosi dan tingkah laku. Doktor perubatan dengan pengkhususan dalam kesihatan mental dipanggil Pakar Psikiatri.
Pakar Psikiatri berkelayakan untuk menilaikan masalah psikologi pesakit, yang biasanya merangkumi masalah kesihatan mental dan fizikal.
Terdapat berbagai sebab mengapa pesakit mendapatkan bantuan daripada Pakar Psikiatri. Antaranya termasuk:
Bergantung pada keadaan klinikal yang dihadapi oleh mereka, pakar psikiatri akan menyediakan berbagai pilihan rawatan yang boleh digunakan. Memandangkan keadaan setiap pesakit adalah berbeza, mereka memerlukan kaedah rawatan yang berlainan. Pilihan rawatan ini termasuk:
Pakar Psikiatri kami berkemampuan untuk menilaikan keadaan psikologi pesakit bagi memastikan diagnosis yang tepat. Melalui rawatan yang betul, simptom-simptom mereka akan dapat ditangani, dan mereka yang mengalami masalah ini akan dapat kembali berfungsi seperti biasa.
Meskipun penyakit berkaitan psikiatri dianggap tabu, tanggapan ini semakin berubah sejak kebelakangan ini, dan semakin ramai pesakit yang kini tampil untuk mendapatkan bantuan psikologi. Kerahsiaan diutamakan dalam sebarang amalan perubatan. Di Hospital Pantai Ipoh, setiap kes akan dipastikan kerahsiannya, menurut permintaan pesakit.
Kecemerlangan kualiti perkhidmatan hospital kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH). Pengiktirafan ini meletakkan pusat kami yang menyediakan perkhidmatan Psikiatri dan Psikologi Klinikal, sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan utama di negara.
Memandangkan masalah psikologi boleh menjejaskan kualiti kehidupan pesakit, pilihan rawatan yang disediakan dirangka khas untuk memastikan hasil klinikal yang terbaik, dengan penumpuan pada kaedah yang menyeluruh dan holistik.
Kumpulan pakar di pusat kami adalah terlatih untuk menguruskan penyakit mental dan masalah kesihatan mental bagi pesakit kanak-kanak, remaja, dewasa, dan orang tua. Mereka berkelayakan untuk merawat masalah berkaitan emosi, tingkah laku, tanggapan dan kognitif, bagi mendapatkan hasil yang optimum.
Di hospital kami, berbagai pilihan perubatan disediakan khusus bagi mereka yang mengalami penyakit psikologi. Pakar-pakar kami berdedikasi tinggi dan cekap untuk bekerjasama bagi memastikan hasil yang terbaik mungkin, pada harga yang berpatutan.
Bersandarkan pasukan pakar psikiatri yang berkemampuan dan profesional, kami dapat menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pesakit yang mengalami:
Setiap pesakit akan menjalani proses sistematik yang menyeluruh di mana sejarah perubatan mereka akan diambil, dan pemeriksaan fizikal akan dilakukan bagi mengasingkan sebarang punca lain yang mungkin memerlukan bantuan khusus yang lain.
Ujian perubatan (makmal dan psikologi) yang menyeluruh akan dijalankan untuk mengesahkan diagnosis bagi penyakit mental. Jika keputusan menunjukkan kewujudan masalah psikologi atau psikiatri, rawatan yang relevan akan diberikan.
Setiap langkah dalam menguruskan dan memberikan rawatan akan dibincangkan dahulu dengan pesakit sebelum ia dimulakan. Jika pesakit tidak dapat membuat keputusan yang baik dengan sendirinya, keputusan akan dibuat oleh wakil pesakit atau ahli keluarga rapat mereka.
Hubungi kami untuk menempah janji temu hari ini.